BANAAT YUSUFI MIX & MATCH (DELIVERY)

Terjemahan penuh zikir harian Al Hasaniah.
- Kulit Tebal, 360ms
- BONUS - Turut disertakan Qasidah Burdah beserta terjemahan
- BONUS - Turut disertakan Terjemahan Buku Panduan Majlis Selawat Al Hasani /70ms
- PERCUMA - Kos penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia.
LED LIGHT BOX KALIMAH ALLAH.
- Dengan lafaz Allah Jalla Jalaluh yang didatangkan beserta cahaya pada Light Box Kalimah Allah ini, mudah-mudahan ia menjadi nama yang selalu meresap ke dalam sanubari para ahbab untuk sentiasa menyebut dan mengingati nama Sang Kekasih, Allah Hu.
POSTER KALIMAH ALLAH
Satu alternatif bagi para ahbab untuk sentiasa mengingat Pemilik nama Allah Jalla Jalaluh. Poster ini bolehlah digantungkan di tempat yang bersesuaian agar nama Sang Kekasih terlihat dan terpahat di jiwa para ahbab.
STICKER KERETA KALIMAH ALLAH
Dengan nama Allah, kita memulakan perjalanan menuju ke suatu destinasi. Mudahan sticker kecil yang tertulis nama Allah ini sentiasa mengingatkan kita bahawa Dialah yang menjadi saksi dan memandang kita dengan pandangan yang tak terbatas. Pada akhirnya destinasi perjalanan kita berpenghujung hanyalah kepada Dia swt.
Poster Galeri Foto Imam Besar Toriqoh Al Syadziliyyah
Tak kenal maka tak cinta. Kenali para Imam Besar Tariqah Al Syadziliah Al Hashimiyyah Al Alwaiyyah Al Darqawiyyah Al Hasaniyyah melalui poster galeri foto para imam. Mudah-mudahan mengenali orang soleh menambah cinta lantas mengalirkan keberkatan rohani mereka ke dalam jiwa para ahbab untuk setia dalam cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw.
Audio Rakaman Bacaan Wirid Harian
Untuk memudahkan sekalian ahbab membacakan wirid-wirid harian, audio rakaman bacaan disediakan dengan harapan ia boleh diperdengarkan di mana sahaja kalian berada dan membantu memperbaiki bacaan wirid harian. Semoga yang selalu disebut, didengar, dan diingat di dalam jiwa kita hanyalah Allah.
RM10 dari setiap hasil jualan akan disalurkan ke Dana Pembelian Markas Banaat Yusufi, Sg Ramal.
Para dermawan juga dijemput untuk memberi infaq (sebarang jumlah) bagi tujuan Pembelian Markaz Banaat Yusufi bagi kegunaan aktiviti muslimat/akhawat serta majlis-majlis ilmu.
Semua pembelian akan di pos / boleh pick up di Markas pada awal November 2020. (Tarikh akan diwawarkan kelak)